GO FORWARD GAIN GROUND HARD TACKLE MAKE A DECISION & MAKE A TRY.

Monday, November 2, 2009

Kejohanan Siri Ragbi Asia Tujuh Sebelah iRB 2009

Jude puas hati aksi pemain negara

Oleh Nor Faizah Mohamed
faizah@hmetro.com.my


JURULATIH skuad ragbi negara, Jude Rampangajouw menyifatkan pemain negara berjaya mempamerkan aksi memuaskan meskipun hanya berupaya tampil di kedudukan keempat dalam Kejohanan Siri Ragbi Asia Tujuh Sebelah iRB 2009 peringkat Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu, semalam.

Jurulatih yang juga bekas pemain kebangsaan itu merasakan pasukan negara sudah memberikan yang terbaik dan tidak banyak kesilapan dilakukan sungguhpun tewas kepada kepada Korea 33-7.

“Keseluruhannya, saya puas hati dengan pencapaian mereka. Tiada apa yang dikesalkan kerana kami menjadi pasukan keempat terbaik di Asia,” katanya.

Jude mengakui faktor keletihan menjadi salah satu punca kepada persembahan hambar pemain. Ujarnya: “Ya, mereka keletihan berbanding Korea. Itu antara faktor kelemahan kami dan jelas sekali kami akan berusaha untuk perbaikinya selepas ini.”

Kejohanan ini menyaksikan Jepun muncul juara keseluruhan selepas menumpaskan Hong Kong, 38-14 malam tadi.

Kata jurulatih Jepun, Wataru Murata: “Kami menerima saingan sengit antaranya dari Korea, China dan Malaysia di kejohanan ini. Pastinya kami amat gembira dapat menjuarainya.

“Kami berjaya menguasai perlawanan dengan Hong Kong dan memastikan bola sentiasa berada di kalangan pemain kami.”

China tidak ketinggalan meraih piala bagi kategori Plate, mengalahkan Filipina 31-0. Taiwan pula menguasai kategori Bowl selepas menewaskan India 19-0.


Acara wanita hanya menampilkan tiga pasukan selepas Guam menarik diri dengan menyaksikan Thailand menjuarainya apabila membenam India 41-0.











No comments: